Langkau ke kandungan utama

26 April 2025: Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

 


Mesyuarat Agung AKTMJ Kali Ke-8 Sesi 2025-2027 Berlangsung Dengan Penuh Semangat

Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long | 26 April 2025
Mesyuarat Agung AKTMJ Kali ke-8 sesi 2025-2027 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat di Pergau Sauna Herba & Rekreasi, Kuala Long. Kehadiran seramai 83 orang ahli, bersama penyertaan keluarga (XYL) dan anak-anak, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 100 orang, memeriahkan suasana sepanjang program.

Majlis dimulakan tepat jam 10.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi SKTMJ, diikuti bacaan doa oleh Mantan Imam Masjid Berdang, Kuala Long 08. Pengerusi SKTMJ, Kuala Long 01, dalam ucapan alu-aluannya, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin, Tuan OCPD Jeli serta YB Zahari Bin Kachik yang hadir selaku Penaung, serta menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM3000 untuk kelangsungan program.






Dalam ucapan penuh bersemangat, Kuala Long 01 turut berkongsi sejarah gemilang SKTMJ yang pernah gah sebelum 2014. Beliau mengenang era kegemilangan pasukan dalam operasi menangkap penjenayah, sebelum kuasa operasi terhad kepada bantuan maklumat kepada PDRM akibat insiden lampau. Beliau menggesa agar SKTMJ memperkukuhkan kembali keanggotaan dengan kemasukan golongan muda, memperkenalkan Pergau Sauna Herba & Rekreasi — yang kini menjadi simbol kebangkitan baharu — serta mengalu-alukan semua hadirin mencuba kemudahan sauna secara percuma.





Majlis diteruskan dengan ucapan bersemangat daripada Ketua Polis Daerah Jeli, Supritenden Kamaruzzaman Harun, yang mewakili YDH Dato' Ketua Polis Negeri. Beliau menyampaikan salam Dato' kepada semua ahli SKTMJ dan mengucapkan tahniah kepada AJK lama atas kejayaan meneruskan legasi. Dalam amanatnya, beliau menekankan pentingnya merekrut lebih ramai anak muda, meningkatkan inovasi, serta memperkukuhkan hubungan dua hala antara SKTMJ dan PDRM.

“Polis dan masyarakat berpisah tiada; polis adalah pemberi khidmat, masyarakat adalah pelanggan,” ujar beliau. Beliau turut menyeru agar penggunaan aplikasi VSP dimanfaatkan untuk laporan keselamatan terus kepada pihak berkuasa serta menyokong penuh inisiatif memperkenalkan Pergau Sauna Herba & Rekreasi yang terbukti mampu membantu kesihatan.

Penaung SKTMJ, YB Tuan Zahari Bin Kechik dalam ucapannya menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian SKTMJ dan berkongsi kisah persahabatannya dengan Pengerusi sejak 1990. Beliau menzahirkan sokongan padu terhadap usul-usul baharu termasuk penubuhan Pasukan Harimau Muda (HARIMU) yang bakal melibatkan belia dalam pemantauan keselamatan komuniti, termasuk menghadapi ancaman binatang buas.

“SKTMJ harus menjadi peronda yang membantu keselamatan Jalan Raya Timur-Barat Jeli - Gerik, terutamanya dalam menangani ancaman gajah liar,” ujar YB Zahari sambil berjanji memberikan sokongan dana dan moral untuk memastikan SKTMJ kembali gah seperti dahulu. Beliau merasmikan Mesyuarat Agung ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Agenda Mesyuarat Agung

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada wakil program banjir & bot, sumbangan kebajikan kepada XYL Kemahang 3 10, serta penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat. Seterusnya, Mesyuarat Agung menyaksikan pembentangan minit mesyuarat lalu, penyata kewangan dan pembentangan usul-usul penting tepat jam 12.05 tengahari.

Antara usul utama yang diluluskan adalah:

  • Penubuhan Pasukan Elit/Khas seperti S3P (Pasukan Paramedik Pantas), PEKA (Pasukan Kecemasan di Air), PEJEN (Pengawasan Jenayah) dan PUNCAK (Pasukan Gunung).
  • Kerjasama strategik bersama Malaysian Volunteer Rescue Team (MVRT) di bawah nama SAR 10.
  • Penubuhan Harimau Muda bagi merekrut golongan muda 18–35 tahun.
  • Penubuhan Biro Agama dan Unit Penguatkuasa (Pasukan Integriti) SKTMJ.

Setelah pembubaran AJK lama, sesi pemilihan barisan AJK baru sesi 2025-2027 berjalan lancar dengan Kuala Long 01 terus diberi mandat sebagai Pengerusi.

Pengerusi telah menyampaikan sumbangan hamper kepada AJK lalu sebagai tanda penghormatan dan ucapan terima kasih atas usaha mereka yang telah bertungkus lumus meneruskan legasi SKTMJ hingga ke saat ini.

Acara Bidas Tertutup Berjaya, Potluck Meriah

Selepas tamat mesyuarat, semua peserta menikmati jamuan makan tengahari yang digabungkan dengan Majlis Hari Raya secara potluck, menambahkan kemeriahan suasana. Acara pertandingan Bidas Tertutup telah berlangsung dengan cemerlang sejurus selesai Mesyuarat Agung Kali Ke 8 SKTMJ sebagai mengisi Tabung  Biro Kebajikan ahli SKTMJ.  

Namun begitu, persembahan malam yang dirancang terpaksa dibatalkan atas faktor kesesuaian. Majlis bersurai dengan penuh harmoni pada jam 3.00 petang, membawa pulang semangat baru untuk mengukuhkan lagi peranan SKTMJ dalam menjaga keselamatan komuniti setempat.

ANTARA GAMBAR-GAMBAR TERPILIH DARI LENSA AHLI

 






























MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN












 

Ulasan

BERITA TERKINI

Sijil Pendaftaran Pertubuhan

SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN OLEH JABATAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA  

Sejarah Penubuhan SKTMJ

  SEJARAH Kelab ini telah ditubuhkan pada 20 September 2008 (Sabtu) dan mengadakan mesyuarat pemilihan AJK pertama di Bilik Gerakan Rukun Tetangga Bt.11 , bersempena dengan Hari Keluarga KRT Bt.11 . Sejak penubuhannya, kelab ini aktif dalam membantu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam kawalan keselamatan kampung di tiga daerah utama , iaitu Jeli, Tanah Merah, dan Machang . Dalam operasi rondaan dan komunikasi, kelab menggunakan Radio Amatur melalui repeater SRS yang berpusat di Kota Bharu , serta hubungan simplex untuk kawasan setempat. OBJEKTIF Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli dan pemilik Radio Amatur. Melatih ahli dalam komunikasi radio amatur , termasuk latihan penggunaan, kelas pembelajaran, serta bimbingan untuk menduduki RAE (Radio Amateur Examination) setiap kali peperiksaan diadakan. Membantu pihak keselamatan seperti Polis dan badan berkaitan dalam usaha mengawal jenayah di kampung masing-masing. Melaksanakan kerja amal dan kebajikan ...

4 April 2025 : QSO Pra Pencalonan dan Cara Mengisi Borang

SKTMJ SAH TARIKH MESYUARAT AGUNG KALI KE-7 – AKAN DIADAKAN DI PERGAU SAUNA HERBA Kuala Long, 4 April 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) secara rasmi telah mengesahkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 bagi sesi 2025–2027 dalam satu majlis khas yang berlangsung secara dalam talian malam tadi. Mesyuarat yang dijalankan melalui jalur rasmi frekuensi 143.835 MHz dan aplikasi Zello SKTMJ itu bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 10.17 malam. Antara pengisian utama mesyuarat ialah taklimat pra-pencalonan jawatan tertinggi dan lima ahli jawatankuasa (AJK) yang disampaikan oleh  Kota Bharu 10 dan Pasir Mas 02 . Taklimat itu memberi penerangan mengenai kriteria kelayakan calon, tempoh perkhidmatan serta tatacara pencalonan dan pemilihan. Majlis turut membuka ruang sesi soal jawab bersama ahli yang hadir, dengan beberapa persoalan berkisar tentang mekanisme pemilihan, peranan jawatan serta kaedah penggantian jawatankuasa jika b...

8 Mac 2025: Majlis Iftar & Solat Terawih Kasih SKTMJ 2025 meriah!

Majlis Iftar & Terawih Kasih SKTMJ 2025 Meriah di Padang Merdeka MDTM Tanah Merah, 8 Mac 2025 – Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah menganjurkan Majlis Iftar & Terawih Kasih 2025 di Padang Merdeka, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) . Acara yang berlangsung pada petang Sabtu ini mendapat sambutan meriah walaupun terdapat beberapa ahli yang tidak dapat hadir kerana komitmen tertentu. Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran ahli-ahli kelab dari pelbagai kawasan termasuk Tanah Merah, Machang, Jeli dan beberapa daerah lain. Para hadirin membawa pelbagai jenis juadah secara potluck , menambahkan lagi kemeriahan suasana berbuka puasa. Antara tetamu yang hadir termasuk: Pok Presiden (Pengerusi SKTMJ) Gading 01 Kemahang 107 Tok Uban 02 Manal 203 L. Cekok Pak Od Tok Ayah CTK 53 P. Puteh Paksu P. Mas P. Ujang Ipoh 11 Kemahang 310 Bechah Laut 05 Bechah Laut 21 Bujuk 03 Bechah Laut 02 P. Cdg 19 Klewek 01  Kok Lanas 79 Chetok 41 Sat 17 Gobe...