Mayat Hud Aryan Ditemui Tersangkut di Muara Sungai, 7km dari Rumah
Tanah Merah, 26 Februari 2025 – Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, kanak-kanak berusia 19 bulan yang hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, ditemui meninggal dunia. Mayatnya dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 4.20 petang, tersangkut di sebatang pokok berhampiran muara sungai, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kehilangan.
Jenazah Hud Aryan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Operasi SAR melibatkan pelbagai agensi termasuk polis dan bomba.
Sehubungan dengan itu, Pasukan PEKA (Pasukan Elite Kecemasan di Air SKTMJ) telah bergegas ke lokasi untuk bersama-sama ajensi awam yang lain seperti PDRM, BOMBA dan JPAM menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat.
Gua Mesa 02, Lawang 07, Man Gobek dan beberapa anggota SKTMJ yang lain adalah antara yang hadir bagi membantu pihak berkuasa menyertai operasi tersebut.


0 comments:
Post a Comment