Pasukan Unit Puncak SKTMJ Berjaya Menyelenggara Stesen Repeater di Bukit Kemahang
Misi yang bermula pada jam 9:30 pagi itu diketuai oleh Lawang-07 dan Telaga Bijih-04, bersama dua sukarelawan swasta. Pasukan ini sepatutnya tiba di puncak dalam tempoh satu jam namun terpaksa berdepan cabaran besar apabila laluan ke stesen dihalang oleh sebuah batu besar yang bergolek akibat Monsun Timur Laut baru-baru ini.Mereka akhirnya sampai ke puncak pada jam 11.55pagi.
Setibanya di lokasi, keadaan stesen amat menyedihkan. Semak-samun yang tebal melitupi kawasan sehingga melepasi kepala, manakala salah satu antena stesen dilihat patah akibat ribut kencang. Namun, dengan usaha gigih, pasukan tersebut berjaya meracun, menebas, dan membersihkan kawasan sehingga stesen kembali terurus. Semua sampah dibakar sehingga kawasan itu bertukar menjadi lapangan bersih dan indah.
Dalam masa yang sama, ahli-ahli SKTMJ lain, termasuk Presiden, menghadiri Majlis Kenduri Kesyukuran di Kubur Besar atas jemputan Kubur Besar-02. Majlis tersebut bermula selepas Solat Jumaat, di mana suasana penuh syukur dan kemeriahan menyelubungi perhimpunan itu. Kehadiran XYL (isteri ahli-ahli SKTMJ) turut menambahkan seri, menunjukkan semangat ukhuwwah bukan sahaja di udara tetapi juga di darat.
SKTMJ terus komited untuk menjadi simbol perpaduan dan persahabatan dalam komuniti Kelantan, dengan harapan agar usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Mesra | Sahabat | Keselamatan
0 comments:
Post a Comment