Berita Biro Kebajikan
Jeli, 28 Januari 2025
Kuala Long 01 telah dikejarkan ke hospital apabila beliau tidak sedarkan diri di rumahnya di Kuala Long pada jam 11.50 pagi. Kebetulan, anggota MVR01 yang sedang bekerja mem"boring" air di belakang rumah (tapak projek Pusat Mandi Wap) diarahkan untuk memberikan rawatan kecemasan (first aid) kepada Kuala Long 01. Beliau kemudiannya disyakki menghidapi TIA (Transient Ischemic Attack).
Pada jam 12.00 tengah hari, beliau telah dikejarkan ke Unit Kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani imbasan CT Scan. Hasil keputusan menunjukkan bahawa beliau mengalami Mini Stroke atau TIA.ª
Sehingga berita ini dilaporkan, kadar tekanan darah dan gula Kuala Long 01 telah turun ke tahap yang selamat.
Lawatan seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa mencatatkan detik bermakna dan solidariti yang tinggi dalam mendoakan kesembuhan beliau.
Sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti kebajikan Biro Kebajikan Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli boleh disalurkan ke akaun berikut:
Maybank BerhadNo. Akaun: 5530 5640 6441Nama Akaun: Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli
Selepas membuat transaksi, sila hantarkan slip pembayaran kepada Cik Ujang selaku Pemangku Setiausaha Kelab di talian 011-1500 6357 untuk pengesahan. Resit rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan diterima.
Sekiranya anda memerlukan resit rasmi bagi tujuan pengurangan cukai, sila nyatakan bersama maklumat penghantaran slip.
Setiap sumbangan anda amat dihargai dan akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan dan pembangunan masyarakat. Terima kasih atas sokongan anda!
INFO KESIHATAN
Nota (ª):
TIA (Transient Ischemic Attack) adalah gangguan sementara pada aliran darah ke otak, menyebabkan gejala seperti strok, tetapi hanya berlangsung beberapa minit hingga beberapa jam tanpa kerosakan kekal pada otak. Ia sering dikenali sebagai mini-stroke dan merupakan amaran awal risiko strok sebenar.
Gejala TIA:
- Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada satu bahagian badan.
- Kesukaran bercakap atau memahami percakapan.
- Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata.
- Hilang keseimbangan atau koordinasi.
- Pening kepala.
Punca:
- Penyumbatan sementara pada saluran darah (sering disebabkan oleh pembekuan darah atau plak kolesterol).
- Walaupun TIA bersifat sementara, ia adalah petanda serius. Segera dapatkan rawatan kerana risiko strok sebenar meningkat dalam waktu terdekat.
Pencegahan:
- Kawal tekanan darah, kolesterol, dan gula darah.
- Amalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok, bersenam, dan makan makanan sihat.
- Ambil ubat yang disarankan doktor, seperti pengencer darah.
TIA bukan boleh diabaikan; ia adalah "peringatan awal" tubuh untuk bertindak bagi mencegah keadaan yang lebih buruk.
0 comments:
Post a Comment