Home » , » 24 Jan 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ ke Kampung Hujung Galok

24 Jan 2025: Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ ke Kampung Hujung Galok

Written By sktmj on Friday, 24 January 2025 | 10:10:00 pm

Ziarah Kasih Biro Kebajikan SKTMJ ke Kampung Hujung Galok

Kampung Hujung Galok, 24 Januari – Program Ziarah Kasih melawat Sahabat SKTMJ Chetok 08 yang menghidapi penyakit Stroke telah dianjurkan Biro Kebajikan Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) berlangsung hari ini dengan jayanya, melibatkan penyertaan 10 ahli kelab, termasuk tiga wakil wanita.

  


Lawatan ini diketuai oleh Pasir Mas 02, dengan kehadiran wakil-wakil dari kawasan sekitar seperti Gobek 05, Chetok 03, Kubang Besar 02, Chetok 16, Padang Siam 08, dan Gual Mesa 02. Wakil wanita yang turut serta ialah dari Padang Siam 88, Cerang Lali 100, dan Kubang Besar 02.



Sumbangan rasmi telah diserahkan kepada Chetok 08 oleh Padang Siam 08 sebagai sebahagian daripada program ini.

Program Ziarah Kasih bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli kelab dan komuniti setempat, selain menyemai semangat kebersamaan dan kekeluargaan dalam kalangan peserta.

Program berakhir dengan penuh bermakna, disertai harapan agar usaha kebajikan seperti ini terus diperkasakan pada masa hadapan.





###################################

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGISI TABUNG BIRO KEBAJIKAN
KELAB KESELAMATAN DAERAH TANAH MERAH, MACHANG DAN JELI
NEGERI KELANTAN

Sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti kebajikan Biro Kebajikan Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli boleh disalurkan ke akaun berikut:

Maybank Berhad

No. Akaun: 5530 5640 6441

Nama Akaun: Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli

Selepas membuat transaksi, sila hantarkan slip pembayaran kepada Cik Ujang selaku Pemangku Setiausaha Kelab di talian 011-1500 6357 untuk pengesahan. Resit rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan diterima.

Sekiranya anda memerlukan resit rasmi bagi tujuan pengurangan cukai, sila nyatakan bersama maklumat penghantaran slip.

Setiap sumbangan anda amat dihargai dan akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan dan pembangunan masyarakat. Terima kasih atas sokongan anda!



~UnitMedia SKTMJ
MESRA   |   SAHABAT   |   KESELAMATAN


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. S K T M J WEBSITE . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme