BERITA: MESYUARAT AJK KEBAJIKAN SKTMJ DIKENDALIKAN DENGAN JAYANYA DI KEDAI MAKAN BANGGOL PETAI 06
Tanah Merah, 18 Januari - Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Kebajikan SKTMJ telah berlangsung dengan lancar di Kedai Makan Banggol Petai 06 malam tadi. Acara yang bermula sekitar jam 9 malam itu berjaya menghasilkan keputusan yang dipersetujui oleh majoriti ahli mesyuarat.
Mesyuarat turut dihadiri oleh 20 ahli yang terdiri dari Pemangku Setiausaha PasirMas02, Pengerusi Kuala Long 01 sebagai pemantau dan pemerhati bersama XYL, Gual Mesa 02, Cherang Lali 100, dan Tepi Sungai 65 selaku Bendahari Biro Kebajikan. Tidak ketinggalan, penyedia tempat mesyuarat, Banggol Petai-06, juga hadir untuk memastikan kelancaran program. Turut serta adalah beberapa ahli lain yang memberikan sumbangan idea bernas sepanjang mesyuarat berlangsung.
Namun, satu insiden cemas berlaku apabila sebuah tong gas memasak tiba-tiba terbakar di kedai tersebut. Insiden ini berjaya dikawal dengan pantas oleh salah seorang petugas kedai makan. Kepantasan dan tindakan cekap beliau berjaya mengelakkan tragedi lebih besar, termasuk kemungkinan letupan tong gas tersebut. Kejadian tersebut mendapat pujian daripada semua yang hadir kerana tindakan pantas telah menyelamatkan keadaan.
Acara mesyuarat kemudian diteruskan selepas keadaan kembali tenang. Keputusan mesyuarat dijangka memberi impak positif kepada aktiviti kebajikan SKTMJ dalam masa terdekat.
Berikut adalah keputusan mesyuarat Biro Kebajikan yang diadakan semalam:
1. Setiap ahli akan menerima sumbangan sebanyak RM50 daripada Biro Kebajikan sekiranya sakit dan dimasukkan ke hospital.
2. Mereka yang layak menerima sumbangan adalah:
- Ahli yang membayar yuran kebajikan.
- Isteri ahli yang membayar yuran kebajikan.
3. Sumbangan kebajikan hanya boleh diterima sekali setahun bagi setiap individu.
4. Ahli yang membayar yuran kebajikan dan isteri mereka layak menerima sumbangan sebanyak RM50 sekiranya berlaku kematian.
5. Hebahan akan dibuat secara berterusan untuk setiap kunjungan, lawatan, atau ziarah yang akan dilaksanakan oleh biro.
6. Pihak biro dibenarkan membuat kutipan dan menerima dana secara langsung semasa aktiviti yang dianjurkan oleh kelab.
~ Unit Media SKTMJ
MESRA | SAHABAT | KESELAMATAN
0 comments:
Post a Comment