Berita:
Lawatan Ziarah Biro Kebajikan SKTMJ ke Hospital Besar Tanah Merah
Tarikh: 12 Januari 2025
Tanah Merah - Biro Kebajikan Kelab Keselamatan
Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) telah mengadakan lawatan ziarah
ke Hospital Besar Tanah Merah pada hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk
menziarahi isteri (XYL) ahli SKTMJ Jeli-58 iaitu Puan Che Aduni binti Che Ghani
yang kini sedang menerima rawatan di tingkat 5 (5B), katil nombor 15.
Turut hadir
dalam lawatan ini ialah:
- K.Long 01 (Pengerusi SKTMJ) & XYL Puan Siti
- Poksu Ta: Bendahari Biro Kebajikan
SKTMJ
- Wakil dari beberapa lokasi
termasuk:
- Kubang Besar 02 dan 03
- Padang Siam 04
- Cherang Lali 100
- Alor Pasir 05
- Pasir Putih-01: Poksu Din
Biro
Kebajikan SKTMJ telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50 kepada Puan Che
Aduni. Selain itu, ahli-ahli yang hadir juga memberikan sumbangan ikhlas
sebagai tanda solidariti dan sokongan moral.
Sumbangan
tersebut diserahkan oleh Presiden Kelab SKTMJ dan se,uruh warga SKTMJ mendoakan agar puan
Che Aduni diberikan kesembuhan dan
kesejahteraan serta pulih seperti sediakala.
Lawatan
seperti ini menunjukkan keprihatinan dan nilai kekeluargaan yang tinggi dalam
kalangan ahli SKTMJ, sekaligus mencerminkan semangat kebersamaan dan kasih
sayang dalam komuniti.
0 comments:
Post a Comment