Rantau Panjang, 11 Januari 2025 – Bengkel Memperkasakan Skuad Uniti Negeri Kelantan peringkat Daerah Pasir Mas tahun 2024/2025 berlangsung dengan jayanya di Empangan Bukit Kwong. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Pn. Zarinah bt Zakaria.
Program ini dianjurkan oleh Rukun Tetangga (Skuad Uniti) dan turut melibatkan kerjasama erat daripada Skuad Uniti RT Care, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta jemputan khas daripada Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ).
Aktiviti utama adalah latihan pemanduan bot, bertujuan meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan skuad dalam menghadapi kecemasan, khususnya di kawasan berisiko banjir. Anggota SKTMJ yang turut serta dalam bengkel ini adalah:
- Lawang-07
- Gual Mesa-02
- Kemahang 3-10
- Tasik Bakong-11
- Banggol Petai-12
- Bukit Tandak-03
- Kubang Rambutan-01
- Kemahang 3-11
Latihan ini memberi pendedahan tentang teknik pemanduan bot secara selamat serta memperkukuhkan koordinasi antara agensi yang terlibat. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Malaysia Madani untuk memupuk perpaduan sambil memperkukuhkan pasukan keselamatan dalam mendepani situasi kritikal di negeri ini.
Berita oleh: ~ UnitMedia SKTMJ
Gambar-gambar & Video dari Ahli terlibat
TAHNIAH SEMUA YANG TERLIBAT, USAHA ANDA SEMUA BAKAL MENGHARUMKAN NAMA SKTMJ DI MATA DUNIA.
(PEKA SKTMJ)
0 comments:
Post a Comment