Tanah Merah, 1 Januari 2025 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa SKTMJ yang berlangsung di Restoran Pizza Muslim telah menyaksikan beberapa keputusan penting dibuat bagi memastikan kelancaran operasi persatuan serta memupuk disiplin dalam kalangan ahli.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden Haji Baharuddin Daud, yang dalam ucapan pembukaannya menekankan perlunya komitmen ahli untuk memastikan persatuan terus berkembang. Seramai 12 orang AJK telah hadir mencukupkan korum untuk membuat keputusan dan perlaksanaan.
Keputusan Utama Mesyuarat
Pembaharuan Keahlian
Ahli yang tamat keahlian kurang dari dua tahun masih dianggap ahli aktif dan perlu membayar yuran sebanyak RM50 (RM20 yuran tahunan, RM20 tambahan, dan RM10 kebajikan).
Bagi ahli yang tamat lebih dua tahun, pendaftaran baru diwajibkan dengan bayaran RM80.
Callsign Rawak
Bagi pendaftaran baru, callsign akan diberikan secara rawak oleh pendaftar. Callsign lama tidak boleh digunakan semula jika ahli gagal memperbaharui keahlian melebihi dua tahun.
Yuran Tahunan dan Keahlian Seumur Hidup
Yuran tahunan ditetapkan sebanyak RM30 (RM20 untuk yuran dan RM10 untuk kebajikan).
Bagi ahli seumur hidup, yuran tahunan hanya RM10.
Proses Pendaftaran
Hanya tiga wakil rasmi yang dibenarkan menguruskan pendaftaran, iaitu:
- Pen. Pendaftar: Gading-02
- Pen. Setiausaha/Pemangku Setiausaha: PasirMas-02
- Presiden: Kuala Long-01
Mesyuarat AGM dan Perasmian Pergau Sauna Herba
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dijadualkan pada 29 Januari 2025. Aktiviti yang dirancang termasuk jamuan makan gulai kambing dan pertandingan Bidah Tertutup dengan hadiah menarik.
Arahan Tegas untuk Ahli (di jalur frekuensi & Zello)
Ahli diminta menghormati arahan AJK dan menerima teguran secara berhemah demi menjaga hubungan baik dalam SKTMJ.
Pertandingan Bidah:
Unit Media SKTMJ telah diarahkan untuk membuat iklan untuk hebahan berterusan mengenai mesyuarat dan aktiviti ini. Lawang-07 dan Pasir Puteh-01 diamanahkan untuk mewar-warkan hebahan ini secara berterusan di jalur dan di grup wasap.
Presiden Haji Baharuddin Daud menutup mesyuarat dengan menyeru ahli untuk terus setia dan menyokong persatuan yang telah sah berdaftar dengan ROS, demi kelangsungan dan kemajuan bersama.
1 comments:
Alhamdulillah.... Syukur kepada yang masih setia menyokong SKTMJ
Post a Comment