Hari ini, Pasukan Sukarelawan SKTMJ dan PBS Amatur bersama NGO Serantau Muslim Melaka telah berjaya menyelesaikan misi penghantaran bantuan ke kawasan pedalaman Sekolah Kebangsaan Lubok Stol, Rantau Panjang. Kawasan ini merupakan antara lokasi terjejas yang paling jauh dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kurang mendapat perhatian. Sebanyak 150 pek bantuan telah diagihkan kepada penduduk yang terkesan, melibatkan usaha dan kerjasama erat pelbagai pihak.
Konvoi seramai sembilan orang termasuk Kota Jembal-66 dan Kota Jembal-16 dari PBS Amatur, Gual Mesa-02 dan Cherang Lali-100 dari SKTMJ, serta tiga wakil NGO Serantau Muslim Melaka, telah mengharungi laluan mencabar menggunakan empat buah kenderaan pacuan empat roda (4x4). Pasir Mas-02 dari SKTMJ turut membantu dari bahagian penyediaan bungkusan sebelum penghantaran. Laluan ke kawasan ini memerlukan kenderaan khas kerana masih belum dapat dicapai oleh kenderaan biasa akibat banjir.
https://www.tiktok.com/@sktmjmedia
0 comments:
Post a Comment