Home » , , » 20 Disember 2024: Ziarah AJK SKTMJ ke Hospital Raja Perempuan Zainab II:

20 Disember 2024: Ziarah AJK SKTMJ ke Hospital Raja Perempuan Zainab II:

Written By sktmj on Saturday, 21 December 2024 | 9:15:00 pm

 Ziarah SKTMJ ke Hospital Raja Perempuan Zainab II: Solidariti Bersama Lautan Biru-01

Pada 2 Disember, SKTMJ telah melaksanakan aktiviti ziarah ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Lawatan ini ditujukan kepada Lautan Biru-01 yang kini ditempatkan di Wad Bendahara, Katil 5.

Antara yang hadir ialah Pengerusi SKTMJ, Haji Baharuddin Bin Daud, bersama Penolong Setiausaha SKTMJ, Cik Ujang Bin Omar, serta barisan Ahli Jawatankuasa yang lain. Lawatan ini dilakukan secara bergilir-gilir oleh ahli SKTMJ, mencerminkan semangat setiakawan dan kebajikan dalam kalangan anggota kelab.

Aktiviti ini bertepatan dengan slogan SKTMJ yang sentiasa menekankan kepentingan perpaduan, sokongan moral, dan kebajikan masyarakat. Semoga kehadiran ahli SKTMJ memberikan dorongan dan semangat kepada Lautan Biru-01.



MESRA | SAHABAT | KESELAMATAN

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. S K T M J WEBSITE . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme