Tanah Merah, 15 November 2024 – Julung-julung kalinya, Biro Kebajikan Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang, dan Jeli (SKTMJ) dengan kerjasama penduduk Kampung Jelatok menganjurkan Pertandingan Bidah Terbuka. Acara ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 15 November 2024, dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari, bertempat di Padang Awam, Kampung Jelatok, Tanah Merah.
Pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan komuniti, tetapi juga untuk memartabatkan permainan tradisional lastik atau bidah yang semakin dilupakan. Dengan yuran pendaftaran hanya RM10 seorang, peserta akan bertanding dalam dua pusingan bagi membuktikan kemahiran masing-masing.
Hadiah Utama Berupa Seekor Kambing
Orang ramai khususnya warga Kelantan dijemput untuk mengambil bahagian atau menyaksikan pertandingan unik ini. Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh diperolehi dengan menghubungi nombor yang tertera pada bahan promosi acara ini.
“Pertandingan ini bukan sahaja untuk mencungkil bakat tetapi juga menghidupkan kembali tradisi lama yang menyatukan komuniti,” kata jurucakap penganjur dari SKTMJ.
Dengan sambutan yang diharapkan dari komuniti dan penduduk sekitar, pertandingan bidah ini dijangka menjadi acara tahunan dalam kalendar tradisi masyarakat Kelantan. ~Unit Media SKTMJ
Dapatkan Maklumat Terikini SKTMJ di Laman Tiktok dan Youtube
Tiktok: https://www.tiktok.com/@sktmjmedia
Youtube: https://www.youtube.com/@SKTMJTV
0 comments:
Post a Comment