Pasir Mas – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas hari ini telah berjaya melaksanakan ujian pancar jaluran repeater Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut. Ujian ini bertujuan memastikan komunikasi bagi Operasi Banjir (OPS Banjir) dapat berfungsi dengan lancar untuk menguruskan situasi kecemasan yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.
Video, sila ke link Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSjX1Ky6J/
Ujian tersebut telah dijalankan bermula pada jam 3:45 petang dan selesai pada jam 4:30 petang dengan menggunakan callsign khas OPS Banjir yang terdiri daripada:
CALLSIGN KHAS OP BANJIR:
- BASE ORCA – PKTK
- ORCA 1 – OC
- ORCA 2 – AOC
- ORCA 3 – Ketua Urusetia PKTK
- ORCA 4
- ORCA 5
TIM PENYELAMAT:
- TOMAN 1 – BP PM A
- TOMAN 2 – BP PM B
- TOMAN 3 – BP RP A
- TOMAN 4 – BP RP B
- TOMAN 5 – BP LS
- TOMAN 6 – BP Bakong
- TOMAN 7 – BP JP
- TOMAN 8 – BP Meranti
- TOMAN 9 – BP TU
- TOMAN 10 – BP BS
Ujian ini melibatkan penggunaan beberapa saluran komunikasi iaitu:
- Saluran 1: Pemancar RDD
- Saluran 2: Pemancar SKTMJ
- Saluran 3: Simplax V56 Amatur
- Saluran 4: Simplax IPD
Penggunaan radio semasa ujian ini mematuhi prosedur komunikasi standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memanfaatkan sistem abjad fonetik seperti “Alfa, Bravo, Charlie” dan skala kekuatan penerimaan isyarat dari 1 hingga 9.
Ketua Pasukan Komunikasi menzahirkan rasa puas hati terhadap prestasi jaluran repeater SKTMJ dan menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah proaktif memastikan kesiapsiagaan pasukan penyelamat. Langkah ini turut disokong oleh SKTMJ sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa keselamatan komuniti semasa bencana.
Dilaporkan oleh:
Unit Media SKTMJ
25 November 2024
0 comments:
Post a Comment