KOTA BHARU, 6 OKTOBER 2024
EMPAT orang wakil dari SKTMJ telah bersama-sama memeriahkan Majlis Hi-Tea Aktivis NGO Kebajikan & Bencana yang telah dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKEKWA), Kerajaan Negeri Kelantan di Diamond Hall Renai Hotel, Kota Bharu.
AJK SKTMJ yang menyertai program tersebut adalah Kota Bharu 10, Kelisa 01, Kelisa 02 & Bujuk03 (menggantikan Kelewek20).
Majlis tersebut antaranya membincangkan tentang Pengurusan Kebajikan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) untuk tahun 2024/2025. Telah dihadiri oleh lhampir 40 aktivis sukarelawan dan NGO Kebajikan & Bencana. Turut hadir adalah wakil dari JPAM, Bomba Sukarela, beberapa pasukan 4x4 dan NGO dari pelbagai latar belakang.
Pengurusan SKTMJ ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami menghadiri majlis yang sangat bermanfaat dan berinformasi ini.
VIDEO
GAMBAR
0 comments:
Post a Comment