Kematian Dicemburui, Penghormatan Terakhir Buat Anuar Bin Ismail (Kg Buluh-01/ Pokwar)
Tanah Merah, 25 Oktober 2024 – Dalam suasana penuh hiba, ahli Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang & Jeli (SKTMJ) bersama rakan-rakan berhimpun memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Anuar Bin Ismail, atau lebih dikenali dengan callsign "Kg Buluh-01," yang dilaporkan meninggal dunia pada petang Jumaat.
Kehadiran sahabat dan kenalan yang membanjiri Masjid Kg Gual Ipoh menyampaikan sebuah mesej yang mendalam – Motto SKTMJ; “mesra di udara, sahabat di daratan, keselamatan diutamakan”. Bersama iringan doa dan kenangan indah, mereka mengiringi perjalanan terakhir arwah, yang sentiasa dikenang sebagai rakan yang setia dalam susah mahupun senang.
Sementara di Jabatan Forensik Hospital Besar Tanah Merah, Gading-01 melaporkan urusan memandi dan mengkafankan jenazah telah pun selesai dan beliau dibawa terus ke masjid untuk solat jenazah. Suasana hening menyelubungi perkarangan masjid, sebagai penghormatan terakhir sahabat-sahabat SKTMJ dan penduduk kampung yang turut hadir sebagai tanda kasih dan perpisahan penuh bermakna buat arwah.
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Ipoh, Tanah Merah jam 11:45 pagi.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
VIDEO
0 comments:
Post a Comment