Home » » Salam Takziah

Salam Takziah

Written By sktmj on Sunday, 19 January 2014 | 8:41:00 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ini dah masuk hari ke 19 tahun baru masehi 2014 menjengah kita. Sudah bermacam ujian yang datang menguji kita semua. Ujian berbentuk gembira, berita baik, bonus dan sebagainya.

Namun begitu, ada beberapa orang diantara rakan kita telah diuji dengan musibah. Pastinya diuji dengan hilang orang yang tersayang amatlah menyedihkan.
Rabu 15 Januari 2014, jam 10.30 pagi rakan-rakan SKTMJ dikejutkan dengan pemergian selamanya ibunda kepada CHETOK 02 aka 9W2KKJ setelah beberapa hari berada di Hospital Lati, Pasir Mas kerana sakit tua. Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kg. Jintan. Sejumlah rakan-rakan yang berkelapangan telah datang menziarahi keluarga Chetok 02.

Beberapa hari kemudian pada hari Jumaat sekali lagi Kelab SKTMJ dikejutkan lagi dengan berita harmonic kepada Bechah Laut 33 lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali. Operasi mencari dan  menyelamat terus dijalankan oleh pihak berwajib dan pada keesokkannya mayat telah dijumpai dan dibawa balik ke Kg. Bechah Laut untuk dikebumikan.

Episod kesedihan terus menyelubungi rakan SKTMJ apabila pada Sabtu 18 Januari 2014, ibunda kepada Jeli 67 (Abang Zul) telah kembali kerahmatullah. Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan di kampung Jenub, Bukit Bunga dengan dihadiri ramai rakan-rakan SKTMJ.
Terbaru pada hari ini, 19 Januari 2014 musibah terus terakam ditahun baru apabila XYL Desa Rebana 01 (9W2HBF) terlibat dalam satu kemalangan ngeri berhadapan saltminenya. Alhamdulillah kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan tidak melibatkan kecederaan serius. Namun begitu, XYL Desa Rebana  01 terpaksa ditahan di wad Hospital Machang untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Walau bagaimanapun, kegelapan dan kesuraman yang datang tak bererti ianya akan berpanjangan. Yang pergi pasti takkan kembali. Yang masih ada perlu teruskan kehidupan. Segala musibah dan kesedihan yang kita lalui jadikan pengajaran dan peringatan untuk hari yang mendatang. Al fatihah untuk yang telah pergi semoga rohnya aman bersemadi di sana.
Wassalam.

Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. S K T M J WEBSITE . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme