LAPORAN OPERASI SKTMJ
Mencari Mangsa Lemas di Sg Ulu Sat Machang
Terima Laporan : 26.11.2011 @ 04.30pm
Mula Operasi : 27.11.2011 @ 09.00am hingga 29.11.2011 @ 02.00pm
Lokasi Operasi : Sungai Ulu Sat, Kemuning, Machang , Kelantan.
Tujuan Operasi : Mencari mangsa lemas
Pegawai Operasi : 1. Banggol Kulim 01
( Gerakan ) 2. Lawang 07
3. Gading 11
4. Jerangau 04
Pegawai Logistik : 1. Jelatok 01
2. Jerangau 04
3. Jerangau 08
Kelengkapan Logistik : 03 x Bot
03x Enjin Sangkut
Agensi-agensi terlibat : 1. Polis DiRaja Malaysia ( IPD Machang )
2. Bomba dan Penyelamat Daerah Machang
3. Jabatan Pertahanan Awam Daerah Machang
Butir-butir kejadian : Kemalangan banjir (Lemas) melibatkan seorang remaja lelaki
berusia 15 tahun bernama Muhammad Alif Razuan bin Azman
yang lemas ketika mandi bersama-sama(06) enam lagi rakan
di Sungai Ulu Sat, Kemuning, Machang pada 26.11.2011 jam lebih kurang
04.30pm.
Gerakan mencari dan menyelamat mangsa mengambil masa selama
tiga hari iaitu bermula 27.11.2011 hingga 29.11.2011. Mayat mangsa
ditemui pada jam lebih kurang 01.20pm oleh pasukan penyelamat disekitar
sungai berhampiran dengan tempat kejadian mangsa dilaporkan lemas.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk di bedah siasat.
1 comments:
tak seronok gambar Joh02 langsung xde dlm kenangan biarpun Joh02 tak tersenarai sebagai ahli penyelamat namun hakikat nya kita terasa amat bangngga diatas kerjasama rakan2 SKTMJ.
Post a Comment